↓↓↓ MOH BERIKLAN DISINI ↓↓↓

Selasa, 22 Oktober 2013

RESPECT: Jalaluddin Jaafar Kapten Pahang

Jalaluddin Jaafar

Kapten Pahang yang otai...!!!


Jalaluddin Jaafar merupakan satu-satunya tonggak utama skuad final Piala Malaysia 1997  yang masih membarisi pasukan Tok Gajah ketika ini.

Merupakan anak jati Pekan.

Beraksi di posisi bek kanan.

Sudah 16 tahun beraksi bersama Pahang.

Masih gagah pada usia 38 tahun, Jalaluddin memang layak menjadi kapten kerana dia satu-satunya pemain yang tahu bagaimana pengalaman beraksi di pentas akhir kejohanan berprestij itu.

Penampilan sulung di pentas akhir Piala Malaysia pada 1997 tetapi gagal membantu Pahang muncul juara selepas tewas 0-1 kepada Selangor.

Sudah memberi bayangan mahu bersara pada hujung musim ini, Jalaluddin atau lebih mesra disapa ‘Abang Jalal’ bagaimanapun memasang impian untuk mengakhiri karier dengan membantu Pahang menjulang Piala Malaysia.

Kejuaraan berprestij itu adalah satu-satunya piala yang tidak pernah dimenanginya sepanjang bergelar pemain bola sepak.

*Moh mengelupor nengok Abang Jalal..!!!

*sumber: Utusan Online




22 Okt, - 12.20pm



-..-

1 ulasan:

deme jangan lupe bagi komen.

Komen yang anda berikan adalah dibawah tanggungjawab diri anda sendiri.
Pemilik blog tiada kena mengena dengan tingkah laku anda disini.