↓↓↓ MOH BERIKLAN DISINI ↓↓↓

Isnin, 28 Oktober 2013

PIALA MALAYSIA 2013: Kuasa Pantai Timur..!!!

Akhir Piala Malaysia 2013


Setelah berakhirnya perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia pada hari Jumaat dan Sabtu lalu, maka terjawablah siapa yang akan menjejakkan kaki ke pentas akhir pada hari Ahad ini.



Kelantan vs ATM

Kelantan yang menentang ATM pada Jumaat lalu telah mencatatkan keputusan seri 2-2 tetapi menang secara aggregate 4-3.
Kelantan yang pada mulanya telah ketinggalan 2 gol walau bagaimana pun bangkit pada 10 minit terakhir hasil jaringan Fakhri dan Piya.

ATM:
Marlon Alex James - *18, *35

KELANTAN:
Fakhri - *81
Piya    - *85

Sarawak vs Pahang

Perlawanan kedua yang membabitkan Sarawak dan Pahang juga mencatatkan keputusan seri 1-1 tetapi Pahang layak ke final Piala Malaysia dengan aggregate 4-2.
Sarawak mengejutkan Pahang pada separuh masa pertama hasil jaringan Bobby Gonzales pada minit ke-32.
Pada separuh masa ke-2 pula, Pahang berjaya membolosi pintu gol Sarawak menerusi jaringan anak jati Pekan, Fauzi Roslan yang baru  seminit dimasukkan menggantikan Conti.

SARAWAK:
Bobby Gonzales - *32

PAHANG:
Fauzi Roslan - *74


Permainan yang ditunjukkan pahang pada malam lalu agak tidak konsisten dan dilihat bukan aksi sebenar mereka.
Benteng terakhir Pahang, Mohd Khairul Azhan menunjukkan prestasi yang memberansangkan. Terima Kasih Khairul Azhan..!!!




28 Okt, 2013 - 8.55am



Sila kreditkan blog ini jika anda menggunakan sebarang maklumat (gambar dll) yang ada dalam blog KahKaboJer.


-..-



1 ulasan:

deme jangan lupe bagi komen.

Komen yang anda berikan adalah dibawah tanggungjawab diri anda sendiri.
Pemilik blog tiada kena mengena dengan tingkah laku anda disini.