↓↓↓ MOH BERIKLAN DISINI ↓↓↓

Isnin, 30 September 2013

PIALA MALAYSIA 2013 : Keputusan Suku Akhir 1


Kesemua pasukan tuan rumah pada suku akhir pertama mencatatkan kemenangan kecuali Sime Darby seri tanpa jaringan ketika menentang Sarawak.
Jaringan yang banyak dihasilkan di Stadium Larkin dan Stadium Darul Makmur pada perlawanan suku akhir pertama ini.

Selasa, 24 September 2013

PIALA MALAYSIA 2013 : Jadual Perlawanan Suku Akhir 1 & 2


8 pasukan telah berjaya menempatkan diri ke suku akhir Piala Malaysia 2013.
5 pasukan bertaraf kelab dan 3 dari pasukan negeri akan berjuang untuk ke separuh akhir.



Isnin, 23 September 2013

KEPUTUSAN PERLAWANAN (6): Kumpulan C Piala Malaysia 2013



Kelantan menang besar ditempat sendiri dengan mengalahkan skuad kendalian Dollah Salleh, 4-0.
Manakala Negeri Sembilan gagal menjejakkan diri ke perlawanan suku akhir apabila sekadar seri dengan Terengganu, 2-2.

Rabu, 18 September 2013

KEPUTUSAN PERLAWANAN (5) : Kumpulan C Piala Malaysia 2013



Kumpulan C masih lagi mencari juara dan naib juara kumpulan bagi meneruskan aksi dalam pusingan kedua.
Pahang berjaya menewaskan Negeri Sembilan dengan jaringan 3 gol sekaligus menjadi pendahulu dalam liga.
Manakala Kelantan pula menang ditempat lawan dengan menyaksikan 3 gol berbalas 1 menewaskan terengganu.
Terengganu yang hanya mengumpul 4 mata tidak mampu untuk mengubah kedudukan mereka ditempat tercorot dalam kumpulan.

Selasa, 17 September 2013

KEPUTUSAN : Final Pestabola Merdeka 2013



Seperti yang dijangka, anak buah Ong Kim Swee berjaya membawa kemenangan kepada pasukan negara apabila menewaskan Myanmar 2-0.

Tahniah untuk skuad Harimau Muda!!!
Tahniah juga untuk penyokong Harimau Muda!!!

Khamis, 12 September 2013

PESTABOLA MERDEKA : Keputusan Malaysia Lawan Thailand



Harimau muda meneruskan aksi cemerlang apabila menghasilkan 3 gol pada malam tadi.
Harimau Muda menewaskan Thailand dengan jaringan 3-0.
Tahniah diucapkan kepada skuad muda Malaysia, tetapi harus diingat bahawa anda semua perlu memperbaiki mutu yang lebih baik lagi pada masa akan datang.
Tak sia-sia kami sebagai penyokong datang untuk menyaksikan perlawanan bola sepak dan bukan menonton bahan kajian (EKSPERIMEN).

Selasa, 10 September 2013

PESTABOLA MERDEKA : Keputusan Malaysia Lawan Myanmar



Nampaknya prestasi anak buah Ong kim swee semakin meningkat pada perlawanan kedua menentang Myamar pada malam tadi.
Mereka berjaya menewaskan pasukan Myanmar dengan kemenangan tipis 2 gol berbalas 1.
Jaringan gol Junior Edstal (ada orang kata Pemain Import) pada minit ke-24 dinafikan pengadil apabila tiada tiupan wisel semasa sepakan sudut oleh wan Zack Haikal.
Pada minit terakhir seorang pemain Myanmar dikenakan kad merah apabila mengasari Thamil Arasu.

Isnin, 9 September 2013

PESTABOLA MERDEKA : Keputusan Malaysia Lawan Singapura



Aksi pertama anak buah Ong Kim Swee boleh dibanggakan walaupun telah menang dengan jaringan 1 gol berbalas 0.
Kemenangan Harimau Muda telah meletakkan mereka di tempat teratas dalam kumpulan.
Harimau Muda mampu melangkah ke peringkat akhir jika menang dengan Myanmar pada perlawanan ke-2 (malam ini).

Selasa, 3 September 2013

KEPUTUSAN PERLAWANAN (4) : Kumpulan C Piala Malaysia 2013


Negeri Sembilan menjadi pencabar bagi semua skuad dalam kumpulan C apabila telah menang dalam 2 perlawanan.
Skuad Hobin Jang Hobin mengumpul 3 mata penuh ketika beraksi di Kelantan.
Manakala Pahang terpaksa akur menerima kekalahan apabila dikecewakan oleh Sang Penyu.

Masih Ada Baki 2 Perlawanan Lagi
Hogoh Tok Gajah Hogoh