↓↓↓ MOH BERIKLAN DISINI ↓↓↓

Selasa, 18 Disember 2012

HARI KELEPASAN AM 2013 : untuk Negeri Pahang

Berikut adalah Hari Kelepasan Am/Negeri negeri Pahang.


Isnin, 17 Disember 2012

FACEBOOK : Cara 'Block' Permintaan Rakan fb

Jika entry dulu kome sebut pasal sembunyikan post games kali ini kome nak bagitau cara untuk mem'block' permintaan/request dari rakan fb deme.

Caranya sangat mudoh lagi berkesan. Tidak perlukan masa berbulan-bulan untok proses ini. Cuma memerlukan 'line internet' yang ok, cukup lah.Proses ini tidak akan jadi jika deme gunakan hp hanset handphone.

 langkah pertama:
klik app. center yang berada dikiri skrin deme

Jumaat, 14 Disember 2012

FACEBOOK : Cara Nak sembunyikan ''post games"

Pasti ada diantara rodong² demeh yang main games dalam Pesbuk Facebook kan.
Mesti deme bosan tengok wall deme penuh dengan post² games dari rodong deme.

Nok tau cara sembunyikan post tersebut?

Moh kita nengok cara² nok sembunyikan sebarang 'post' yang berkaitan dengan 'games' yang ada dalam Pesbuk Facebook. 

langkah pertama:
bawa arrow ke post berkenaan dan klik apa yang ada dalam gambar diatas.

AFF SUZUKI CUP 2012 : Thailand vs Malaysia (separuh akhir ke-2)

| Thailand 2 - 0 Malaysia |
- aggregate -
[ 3 - 1 ]

Isnin, 10 Disember 2012

AFF SUZUKI CUP 2012 : Thailand vs Malaysia (separuh akhir 2)

Malaysia perlu menang keatas Thailand pada 13 Disember, 2012 ini untuk memastikan mereka layak ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2012.


AFF SUZUKI CUP 2012 : Malaysia vs Thailand (separuh akhir 1)

| Malaysia 1-1 Thailand |

Nampok gayanya Harimau Muda perlu bekerja keras menentang Gajah Putih apabila bertandang ke negara itu pada 13 Disember, 2012 nanti.

Walaupun deme seri malam tadi... Kami Penyokong Harimau Malaya tetap akan menyokong kalian.


Isnin, 3 Disember 2012

AFF SUZUKI 2012 : Malaysia vs Indonesia

Harimau berjaya membuktikan kehebatannya dengan menewaskan Indonesia 2-0.
Tahniah skuad Harimau Malaya.
Malaysia akan menentang Thailand pada perlawanan separuh akhir pertama.



Harapan penyokong Harimau Malaya terletak pada pemain dan K. Rajagopal...


Khamis, 29 November 2012

AFF SUZUKI CUP 2012 : Laos vs Malaysia

Harimau Malaya menang menentang Laos pada perlawanan kedua.
!! Bangkit Harimau Bangkit !!

Isnin, 26 November 2012

AFF SUZUKI CUP 2012 : Malaysia vs Singapura

Pada perlawanan pertama Piala AFF Suzuki Singapura berjaya menewaskan Harimau Malaya dengan jaringan 
3 berbalas 0.

Bangkit Harimau Bangkit!!!



JADUAL PERLAWANAN PIALA AFF SUZUKI : Malaysia sahaja

Moh kita bagi sokongan pada Harimau Malaya demeh !!!
Bangkit Harimau Bangkit !!!

25 NOVEMBER, 2012

Selasa, 20 November 2012

BANTU PALESTINE/GAZA DENGAN sms

Marilah kita membantu penduduk Palestine dengan menderma melalui sms. Sedangkan kita mampu undi artis² sms dengan nilai yang banyak. Apalah sangat gunakan nilai sms itu untuk membantu Palestine.

Kah merayu sangat-sangat pada demeh untuk membantu Palestine dengan menderma. Tak dapat menderma, demeh berDOAlah untuk kesejahteraan rakyat yang sedara seMuslim dengan kita ni.

Sape lagi kalau tidak kita membantu demeh disana.

Isnin, 12 November 2012

JALAN JERANTUT - BENTA : molek dah sikit

Nampok gayenya dah molek sikit jalan nok ke Benta teh. Cuma tinggal skit lagi hok yang tak siap nya. Dekat jambatan Kampung Som teh (depan Masjid Kg. Som) membawak ke Tanjung Besar, Benta. 

Yang kat tempat Tanjung Besar tu cuma kat tanah runtuh hari tu je. Lepas je kat tanah runtuh tu, jalan dah molek. Harap² sebulan dua lagi siap la jalan Jerantut - Benta teh.


dalam proses pembinaan semula (Tanjung Besar)

Rabu, 7 November 2012

BONUS UNTUK ANOK PENEROKA...

logo_felda kahkabojer


Selasa, 30 Oktober 2012

PUNGKOR - MEMUNGKOR : cerita dari Pahang



Pungkor/memungkor membawa pengertian berborak dengan menggunakan unsur penipuan dalam perbualan. Si pemungkor ini boleh lah diibaratkan seperti penglipur lara.

Selasa, 23 Oktober 2012

STUDIO MAT KILAU di D'KILAU COURT

Studio Mat Kilau....
Di D'Kilau Court, Jerantut.

Molek jugak kalau deme nok buat kursus di sini.
Tak mahal pon weh. Rm30.00 je sewanya untuk sehari.
Kah dah nengok ninjau² Studio ni.
Muat la dalam 30 ke 40 orang ngikut saiz badan. hehe.

kawasan dalam Studi Mat Kilau

Rabu, 10 Oktober 2012

Wordless Wednesday #3


Apekah? Kenapakah?

tong sampah_kahkabojer

Rabu, 29 Ogos 2012

BONUS UNTUK ANAK PENEROKA 2012

Dengor citernya anok² peneroka bakal menikmati bonus RM5000 pada bulan 10 nih (Oktober - tragedi Oktober)...
Benor ke, pedooh tu tak tahu la... Mende dengor dari mulut orang jugok. Bukan dari pihok pengurusan Felda.
Untung la anok² peneroka yek. Alhamdulillah..., Rezeki dari Allah s.w.t.


Isnin, 27 Ogos 2012

DEMAM GANGNAM STYLE TELAH MEREBAK KE MALAYSIA

Jika dulu kita dihiburkan dengan tarian dari kumpulan Wonder girls....
Kini seluruh pelusuk negara telah diserang oleh tarian dari PSY iaitu'Gangnam Style'...
Moh kita nengok cara tarian beliau yang bernama PSY  ni....


Antara hasil kreatif dari rakyat Malaysia:

Suasana Gangnam Raya...
Thumbs-up untuk family ni yang sporting :)

Video Penuh: MyCTVchannel






Rabu, 1 Ogos 2012

DUIT RAYA 2012 UNTUK PENEROKA FELDA

Satu lagi berita baik untuk semua warga peneroka Felda. Sempena Aidilfitri yang bakal tiba, PM telah mengumumkan pemberian duit raya pada tahun ini.


RM400 untuk Peneroka yang masih bersama FELDA.
RM200 bagi Peneroka yang tidak lagi bersama FELDA.


Pembayaran akan dibuat sebelum raya weh...


Jumaat, 27 Julai 2012

BONUS RAYA 2012


Hok ni la yang orang slalu nok dengor terh. BONUS!!!


PM dah umumkan bahawa kakitangan awam akan menerima bonus raya 1/2 bulan gaji dengan bayaran minima RM500. 


Manakala yang pesaranyer plok akan menrima RM500 sebagai persiapan menyambut hari raya tahun ni.


Bayaran akan dibuat pada 9 Ogos, 2012. Gaji plok pada 13 Ogos, 2012.


Banyok la duit kakitangan awam bulan depan yerk. Lepas la membli lembu sekor. Jangan plok bli mercun selori weh.

Isnin, 23 Julai 2012

KADAR ZAKAT FITRAH NEGERI PAHANG 1433H / 2012





Kadar zakat fitrah negeri Pahang pada tahun 2012 / 1433 Hijrah adalah RM7.00 sahaja.


Pembayaran boleh dibuat kepada amil-amil yang telah ditauliahkan oleh Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang.


Pembayaran juga boleh dibuat melalui sms bagi pengguna Celcom dan Maxis.



Jumaat, 20 Julai 2012

PANDUAN SOLAT SUNAT TARAWIH

Sempena kedatangan bulan yang mulia ni moh la kita belajor sikit tentang solat sunat tarawikh.


Hukum solat tarawikh adalah sunat Muakkad (yang sangat dituntut).

>>> KLIK DISINI <<<


Isnin, 16 Julai 2012

TARIKH MELIHAT ANAK BULAN RAMADHAN 1433 H / 2012





Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia telah menetapkan tarikh mencerap/melihat anak bulan Ramadhan bagi tahun 1433 Hijrah atau tahun 2012 Masihi adalah pada petang Khamis iaitu 19 Julai, 2012 bersamaan 29 Syaaban, 1433 H. 



Tarikh: 29 Syaaban, 1433H / 19 Julai, 2012
Hari: Khamis
Tempat Mencerap / Melihat Anak Bulan Ramadhan (Kaw. Pahang) :
1. Gunung Berinchang, Cameron Highland
2. Bukit Pelindung, Kuantan
3. Bukit Tanjung Batu, Nenasi, Pekan


Jumaat, 13 Julai 2012

CERAMAH AGAMA BULANAN: USTAZ MAHMUD MAT

Moh beramai kita nengok ceramah agama yang akan diadakan Dewan Majlis Daerah Jerantut yang dianjurkan oleh Majlis Daerah Jerantut dengan kerjasama Pejabat Agama Islam daerah Jerantut.


Tajuk:   Ramadan Al-Mubarak
Tarikh:   13 Julai, 2012
Masa:   9.00 malam
Penceramah:   Ustaz Mahmud Bin Mat



Sumber: Majlis Daerah Jerantut / fb

Rabu, 4 Julai 2012

AFC Cup (Q): MYANMAR u22 | 2-1 | MALAYSIA u22

harimau malaya


Keputusan kelayakan Piala AFC B22

Myanmar  | 2 - 1 |  Malaysia


Malaysia gagal layak secara automatik ke Piala AFC B22 tahun. 

Selasa, 3 Julai 2012

AFC CUP (Q) 2012: MYANMAR B22 vs MALAYSIA B22

harimau malaya


Pada 7:30 malam ini Malaysia akan menentang Myanmar dalam perlawanan kelayakan Piala AFC bawah 22 tahun.

Malaysia perlu menang malam ini untuk melayakkan skuad Harimau Malaya beraksi di pentas akhir AFC Cup.

Malaysia tempat ke-3 dalam kumpulan G dengan jumlah mata 9. Manakal Korea (10 mata) dan Myanmar (10 mata) masing-masing ditempat pertama dan ke-2.

Isnin, 2 Julai 2012

AFC CUP (Q): VIETNAM B22 | 0-3 | MALAYSIA B22



Berikut adalah keputusan perlawanan kelayakan Piala AFC B22 pada 30 Jun, 2012 yang membabitkan pasukan negara menentang Vietnam...



p/s: Spain menang 4-0 lawan Itali fINAL EURO 2012.

SUMBER: futbol24.com

Jumaat, 29 Jun 2012

AFC CUP (Q): TAIWAN U22 | 2-4 | MALAYSIA U22

hariamau malaya


Berikut adalah keputusan perlawan kelayakan AFC Cup B22 yang membabitkan Malaysia menentang skuad Taiwan:


Taiwan  | 2-4 | Malaysia

taiwan vs malaysia

p.s: Itali 2-1 Jerman (euro 2012)

sumber: futbol24.com

Khamis, 28 Jun 2012

KELAYAKAN PIALA AFC B22: TAIWAN VS MALAYSIA

harimau malaya


Pukul 4:45 petang ini (28 Jun, 2012) pasukan negara bawah 22 tahun akan menetang skuad Taiwan dalam misi memburu 3 mata lagi.


Sebelum ini Malaysia kecundang ketika menentang skuad Korea Selatan dengan jaringan gol 
| 2-3 |.


Tapi, Malaysia bangkit pada perlawanan kedua kumpulan G apabila menewaskan Filipina | 7-0 | .

jadual perlawanan kelayakan piala afc



Selasa, 26 Jun 2012

PIALA AFC: MALAYSIA U22 VS FILIPINA U22

harimau malaya _kahkabojer


Berikut adalah keputusan perlawanan AFC Cup (kelayakan) bagi perlawanan membabitkan Malaysia B22 menentang Filipina B22.

Malaysia | 7-0 | Filipina

Malaysia vs Filipina



Sumber: futbol24.com

Rabu, 20 Jun 2012

Senarai Pemain AFC Cup B-22





Antara senarai pemain yang akann dibawa ke Myanmar:


Mohd Farhan Abu Bakar
Mohd Izham Tarmizi Roslan
Mohd Nazmi Faiz Mansor
D. Saarvindran
Mohd Fadhli Mohd Shas
Mohd Irfan Fazail (kapten)
Wan Zaharulnizam Wan Zakaria
A. Thamil Arasu
Shahrul Mohd Saad
Gary Steven Robbat
Nazirul Naim Che Hashim
Mohammad Amer Saidin
Mohamad Fandi Othman
Syahrul Azwari Ibrahim
Ahmad Hazwan Bakri
Mohd Azzizan Nordin
Muhamad Ilham Amirullah Razali
Ashri Chuchu
Mohd Rozaimi Abdul Rahman
Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham
Mohd Aminuddin Mohd Noor
Muhammad Ariff Farhan Mohd Isa
Wan Zack Haikal Wan Mohd Noor


jadual perlawan afc cup

Laman Web FAM Kena Godam Lagi

Asyik kena hack je website FAM ni. Jika dulu di hack oleh orang Tunisia kali ini di godam oleh orang Indonesia. Pengodam terbabit marah kerana salah satu tarian mereka iaitu tarian TorTor akan dijadikan salah satu warisan negara. (tak penah dengor nama tarian ni!!!)


Pasal tarian habis FAM kena hack. 

fam digodam_kahkabojer


Isteri Peneroka dapat RM5ooo.oo |7 Julai, 2012|

Jika bulan lepas ketua peneroka dapat 'durian runtuh' dari FELDA kini tibalah pula giliran isteri² peneroka. Durian runtuh giliran kedua ini diumumkan oleh Perdana Menteri ketika beliau melancarkan prospektus tawaran awam permulaan (IPO) FELDA Global Ventures Holding Berhad (FGV) di Dewan Perdana Felda. 

Tarikh 7 Julai, dipilih bersempena sambutan Hari Peneroka dan majlis perasmian Menara FELDA di Jalan Stonar.

logo felda _kahkabojer

p/s: makin ramai la salesmen datang ke rumoh kah nanti...ingat kome nih cop duit ke? masuk dalam ASB lagi bagus.

Wordless Wednesday #2


Setiap hari Rabu,
Bloggers akan memaparkan foto
tanpa sebarang penerangan mengenai gambar itu.
Haya foto itu sendiri 'berkata-kata'.

kepala paip_kahkabojer

On Wednesdays all over the internet,
bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog.
Hence the ‘wordless’ title. 
The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.



Isnin, 18 Jun 2012

Tahniah Harimau Muda A



Harimau Muda A berjaya menewaskan skuad Bawah 22 tahun Qatar pada aksi perlawanan persahabatan antarabangsa pada hari semalam (17 Jun, 2012). Harimau Muda A (2 - 0) Qatar B-22.

Irfan Fazail (K) berjaya menjaringkan gol menerusi sepakan percuma. Manakala gol ke-2 pula hasil jaringan Rozaimi b. Abdul Rahman.

Sumber YouTube: Harimau Muda TV


Harimau Muda akan beraksi untuk perlawanan kelayakan AFC CUP Bawah 22 pada 23 Jun - 3 Julai, 2012.

Khamis, 14 Jun 2012

Harimau Muda A vs Qatar B22 | 17 Jun, 2012 |



Satu ujian buat skuad Ong Kim Swee Ahad ini apabila menentang pasukan B-22 Qatar. Perlawanan persahabatan antarabangsa ini merupakan sebahagian daripada persiapan Harimau Muda untuk menghadapi pusingan kelayakan Piala AFC B-22.

Harga tiket yang ditetapkan:
Dewasa: RM20
Kanak-kanak (B-12): RM5
Dijual bermula: 2 Petang

harimau muda a vs qatar B-22 |17.6.12|

Stadium Shah Alam, Selangor
4:30 petang
17 Jun, 2012
Ahad




Rabu, 13 Jun 2012

Wordless Wednesday #1




Setiap hari Rabu,
Bloggers akan memaparkan foto
tanpa sebarang penerangan mengenai gambar itu.
Haya foto itu sendiri 'berkata-kata'.

pau_kahkabojer



On Wednesdays all over the internet,
bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog.
Hence the ‘wordless’ title. 
The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.

Malaysia 2 - Singapura 0

Malam tadi (12 Jun, 2012) Harimau Malaya berjaya menewaskan Singapura dalam perlawanan persahabatan antarabangsa. Kemenangan itu juga berjaya mencalarkan rekod tanpa kalah Singapura dengan Malaysia dalam 10 perlawanan terdahulu. Kali terakhir Malaysia menewaskan Singapura pada 2004. Pada perlawanan pertama sebelum ini kepusan 2-2 dicatatkan di Stadium Jalan Besar, Singapura 8 Jun lalu.

Moh kita nengok jaringan dari Shakir Ali dan Safiq Rahim nih..


shakir ali  -kahkabojer
Shakir Ali


safiq rahim _kahkabojer
Safiq Rahim


Tandukan Shakir hasil hantaran dari Mat Yo:
 

Sepakan percuma dari Safiq Rahim:
Lawo beteh sepakan ni...

Terima kasih pada Ultras Malaya atas sokongan demeh dengan datang ke Stadium!!!!
T.Q... Terima Kasih!!!

SUMBER VIDEO:
                     - EPLSoker


Khamis, 7 Jun 2012

Lagu Tema SUKMA ke-15 (Lirik)


MASKOT SUKMA XV, MASKOT SUKMA KE-15


Ini pula lagu tema SUKMA XV beserta dengan lirik. 




SATU TUJUAN

Apabila Obor Sedia Dinyalakan
Kejohanan Sukan Utama Bermula
Kini Pahang Tawar Gelanggang
Untuk Negeri Berkumpul Berjuang
Satu Tujuan Satu Haluan
Untuk Sukan Malaysia Ke 15

Sediakan Diri, Mulakan Langkah
Bersama Menanti Kejayaan
Demi Kemenangan Yang Akan Dicapai
Kejayaan Kita Untuk Semua
Sukan Malaysia Di Hati Sentiasa
Isikan Saat Kegemilangan Ini
Dengan Harmoni Bagai Satu Family
Terima Kasih Kepada Semua
Setia Berkumpul Di Sini
Wooo… Wooo…

Sediakan Diri, Mulakan Langkah
Bersama Menanti Kejayaan
Demi Kemenangan Yang Akan Dicapai
Kejayaan Kita Untuk Semua
Sukan Malaysia Di Hati Sentiasa
Isikan Saat Kegemilangan Ini
Dengan Harmoni Bagai Satu Family
Terima Kasih Kepada Semua
Moga Berjumpa Kembali...

Lagu/Lirik: YB. Dato' Mat Zara'ai Bin Alias

SUMBER:
SUKMA 15
Castello8teryboguard 

Rabu, 6 Jun 2012

Maksud Maskot SUKMA 15



Maskot bagi Sukan Malaysia 2012 adalah gajah (gajah sekeluarga). Terdapat 4 maskot untuk SUKMA ke-15. Molek amat la tu, sebok gajah pon amat sinonim dengan negeri kah ni :) .








TAHAN:
Nama Tahan melambangkan kemegahan dan kekuatan kepada Negeri Pahang yang mana ia meupakan gunung yang tertinggi di Semenanjung Malaysia (dengan ketinggian 2187 meter) dan terletak di Negeri Pahang.
Gunung Tahan adalah Mahkota kepada Banjaran Titiwangsa iaitu banjaran terbesar di Semenanjung Malaysia yang juga merupakan tulang belakang bagi Semenanjung Malaysia. 
PUTEH (ibu):
Nama Puteh sesuai diberikan kepada nama ibu iaitu berada di ketinggian 112 meter daripada aras laut. Sumber air juga boleh didapati di kawasan ini.
RAJAH (anak lelaki):
Nama Rajah merujuk kepada gunung yang terletak di Taman Negara Pahang dalam jajaran Gunung Tahan yang mempunyai ketinggian 576 meter (1,890 kaki). Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan yang tinggi.
 TEKU (anak perempuan):
Teku bersesuaian dengan nama anak perempuan dimana kawasan ini berada di ketinggian 158 meter daripada aras laut. Punca air juga boleh didapati dikawasan ini.

SUMBER :  Maskot Sukma 15

SUKAN MALAYSIA (SUKMA XV) ke-15



Dalam sibuk-sibuk ke EURO 2012, jangan la hokme lupa ke acara yang berlaku dalam negara pulok. Acara yang dimaksudkan adalah SUKMA ke-15.

Bermula  : 7 - 16 Julai, 2012 (10 hari je weh)

Acara      : 24 acara (377 emas, 377 perak, 453 gangsa)
                       -19 acara wajib (setiap pasukan)
                       - 5 acara pilihan (untuk tambahan pingat)

Pasukan   : 15 pasukan

Tempat    : Sekitar daerah Kuantan, Pekan dan Temerloh

Maskot   : Tahan, Puteh, Rajah dan Teku (gajah)



SELAMAT BERJAYA UNTUK SEMUA ATLET SUKMA






Khamis, 31 Mei 2012

Bilakah Tarikh Pilihan Raya Umum ke-13?


Ramai yang hok nanti-nantikan Perdana Menteri mengumumkan pembubaran Parlimen dan Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan PRU 13 diadakan.

Mengikut cakak-cakak orang sekeliling PRU 13 akan diadakan pada September, 2012. Yang tu hok dengor cakak-cakak orang. Yang hok betul dok tau la lgi yek. kita tunggu la.

Yang pasti jangan la lupa atau buat-buat lupa mengundi.






P/S: tak kira deme nyokong sape...apa yang penting kita rakyat Malaysia...!!!
        Jangan disebabkan politik, kita bergaduh sesama sendiri...




Sabtu, 26 Mei 2012

Nilai bidaan plat WWW 1 RM520k?

Nilai bidaan no pendaftaran WWW 1 merupakan yang termahal setakat ini mengatasi no pendaftaran MCA 1 yang bernilai RM300k. 


Menteri pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, nilai bidaan untuk nombor pendaftaran www telah mencapai sebanyak RM64,225,838.51. 


Menurut beliau, daripada jumlah itu, sebanyak RM11.3 juta berjaya dikutip iaitu 10 kali ganda daripada kutipan yang biasa dibuat untuk jualan nombor pendaftaran siri lain sebelum ini.
(dipetik dalam KOSMO)


Demeh bli plat untuk moto ni keh?