↓↓↓ MOH BERIKLAN DISINI ↓↓↓

Khamis, 14 Jun 2012

Harimau Muda A vs Qatar B22 | 17 Jun, 2012 |



Satu ujian buat skuad Ong Kim Swee Ahad ini apabila menentang pasukan B-22 Qatar. Perlawanan persahabatan antarabangsa ini merupakan sebahagian daripada persiapan Harimau Muda untuk menghadapi pusingan kelayakan Piala AFC B-22.

Harga tiket yang ditetapkan:
Dewasa: RM20
Kanak-kanak (B-12): RM5
Dijual bermula: 2 Petang

harimau muda a vs qatar B-22 |17.6.12|

Stadium Shah Alam, Selangor
4:30 petang
17 Jun, 2012
Ahad




Rabu, 13 Jun 2012

Wordless Wednesday #1




Setiap hari Rabu,
Bloggers akan memaparkan foto
tanpa sebarang penerangan mengenai gambar itu.
Haya foto itu sendiri 'berkata-kata'.

pau_kahkabojer



On Wednesdays all over the internet,
bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog.
Hence the ‘wordless’ title. 
The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.

Malaysia 2 - Singapura 0

Malam tadi (12 Jun, 2012) Harimau Malaya berjaya menewaskan Singapura dalam perlawanan persahabatan antarabangsa. Kemenangan itu juga berjaya mencalarkan rekod tanpa kalah Singapura dengan Malaysia dalam 10 perlawanan terdahulu. Kali terakhir Malaysia menewaskan Singapura pada 2004. Pada perlawanan pertama sebelum ini kepusan 2-2 dicatatkan di Stadium Jalan Besar, Singapura 8 Jun lalu.

Moh kita nengok jaringan dari Shakir Ali dan Safiq Rahim nih..


shakir ali  -kahkabojer
Shakir Ali


safiq rahim _kahkabojer
Safiq Rahim


Tandukan Shakir hasil hantaran dari Mat Yo:
 

Sepakan percuma dari Safiq Rahim:
Lawo beteh sepakan ni...

Terima kasih pada Ultras Malaya atas sokongan demeh dengan datang ke Stadium!!!!
T.Q... Terima Kasih!!!

SUMBER VIDEO:
                     - EPLSoker


Khamis, 7 Jun 2012

Lagu Tema SUKMA ke-15 (Lirik)


MASKOT SUKMA XV, MASKOT SUKMA KE-15


Ini pula lagu tema SUKMA XV beserta dengan lirik. 




SATU TUJUAN

Apabila Obor Sedia Dinyalakan
Kejohanan Sukan Utama Bermula
Kini Pahang Tawar Gelanggang
Untuk Negeri Berkumpul Berjuang
Satu Tujuan Satu Haluan
Untuk Sukan Malaysia Ke 15

Sediakan Diri, Mulakan Langkah
Bersama Menanti Kejayaan
Demi Kemenangan Yang Akan Dicapai
Kejayaan Kita Untuk Semua
Sukan Malaysia Di Hati Sentiasa
Isikan Saat Kegemilangan Ini
Dengan Harmoni Bagai Satu Family
Terima Kasih Kepada Semua
Setia Berkumpul Di Sini
Wooo… Wooo…

Sediakan Diri, Mulakan Langkah
Bersama Menanti Kejayaan
Demi Kemenangan Yang Akan Dicapai
Kejayaan Kita Untuk Semua
Sukan Malaysia Di Hati Sentiasa
Isikan Saat Kegemilangan Ini
Dengan Harmoni Bagai Satu Family
Terima Kasih Kepada Semua
Moga Berjumpa Kembali...

Lagu/Lirik: YB. Dato' Mat Zara'ai Bin Alias

SUMBER:
SUKMA 15
Castello8teryboguard 

Rabu, 6 Jun 2012

Maksud Maskot SUKMA 15



Maskot bagi Sukan Malaysia 2012 adalah gajah (gajah sekeluarga). Terdapat 4 maskot untuk SUKMA ke-15. Molek amat la tu, sebok gajah pon amat sinonim dengan negeri kah ni :) .








TAHAN:
Nama Tahan melambangkan kemegahan dan kekuatan kepada Negeri Pahang yang mana ia meupakan gunung yang tertinggi di Semenanjung Malaysia (dengan ketinggian 2187 meter) dan terletak di Negeri Pahang.
Gunung Tahan adalah Mahkota kepada Banjaran Titiwangsa iaitu banjaran terbesar di Semenanjung Malaysia yang juga merupakan tulang belakang bagi Semenanjung Malaysia. 
PUTEH (ibu):
Nama Puteh sesuai diberikan kepada nama ibu iaitu berada di ketinggian 112 meter daripada aras laut. Sumber air juga boleh didapati di kawasan ini.
RAJAH (anak lelaki):
Nama Rajah merujuk kepada gunung yang terletak di Taman Negara Pahang dalam jajaran Gunung Tahan yang mempunyai ketinggian 576 meter (1,890 kaki). Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan yang tinggi.
 TEKU (anak perempuan):
Teku bersesuaian dengan nama anak perempuan dimana kawasan ini berada di ketinggian 158 meter daripada aras laut. Punca air juga boleh didapati dikawasan ini.

SUMBER :  Maskot Sukma 15

SUKAN MALAYSIA (SUKMA XV) ke-15



Dalam sibuk-sibuk ke EURO 2012, jangan la hokme lupa ke acara yang berlaku dalam negara pulok. Acara yang dimaksudkan adalah SUKMA ke-15.

Bermula  : 7 - 16 Julai, 2012 (10 hari je weh)

Acara      : 24 acara (377 emas, 377 perak, 453 gangsa)
                       -19 acara wajib (setiap pasukan)
                       - 5 acara pilihan (untuk tambahan pingat)

Pasukan   : 15 pasukan

Tempat    : Sekitar daerah Kuantan, Pekan dan Temerloh

Maskot   : Tahan, Puteh, Rajah dan Teku (gajah)



SELAMAT BERJAYA UNTUK SEMUA ATLET SUKMA