↓↓↓ MOH BERIKLAN DISINI ↓↓↓

Rabu, 6 Jun 2012

Maksud Maskot SUKMA 15



Maskot bagi Sukan Malaysia 2012 adalah gajah (gajah sekeluarga). Terdapat 4 maskot untuk SUKMA ke-15. Molek amat la tu, sebok gajah pon amat sinonim dengan negeri kah ni :) .








TAHAN:
Nama Tahan melambangkan kemegahan dan kekuatan kepada Negeri Pahang yang mana ia meupakan gunung yang tertinggi di Semenanjung Malaysia (dengan ketinggian 2187 meter) dan terletak di Negeri Pahang.
Gunung Tahan adalah Mahkota kepada Banjaran Titiwangsa iaitu banjaran terbesar di Semenanjung Malaysia yang juga merupakan tulang belakang bagi Semenanjung Malaysia. 
PUTEH (ibu):
Nama Puteh sesuai diberikan kepada nama ibu iaitu berada di ketinggian 112 meter daripada aras laut. Sumber air juga boleh didapati di kawasan ini.
RAJAH (anak lelaki):
Nama Rajah merujuk kepada gunung yang terletak di Taman Negara Pahang dalam jajaran Gunung Tahan yang mempunyai ketinggian 576 meter (1,890 kaki). Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan yang tinggi.
 TEKU (anak perempuan):
Teku bersesuaian dengan nama anak perempuan dimana kawasan ini berada di ketinggian 158 meter daripada aras laut. Punca air juga boleh didapati dikawasan ini.

SUMBER :  Maskot Sukma 15

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

deme jangan lupe bagi komen.

Komen yang anda berikan adalah dibawah tanggungjawab diri anda sendiri.
Pemilik blog tiada kena mengena dengan tingkah laku anda disini.