Satu ujian buat skuad Ong Kim Swee Ahad ini apabila menentang pasukan B-22 Qatar. Perlawanan persahabatan antarabangsa ini merupakan sebahagian daripada persiapan Harimau Muda untuk menghadapi pusingan kelayakan Piala AFC B-22.
Malam tadi (12 Jun, 2012) Harimau Malaya berjaya menewaskan Singapura dalam perlawanan persahabatan antarabangsa. Kemenangan itu juga berjaya mencalarkan rekod tanpa kalah Singapura dengan Malaysia dalam 10 perlawanan terdahulu. Kali terakhir Malaysia menewaskan Singapura pada 2004. Pada perlawanan pertama sebelum ini kepusan 2-2 dicatatkan di Stadium Jalan Besar, Singapura 8 Jun lalu.
Moh kita nengok jaringan dari Shakir Ali dan Safiq Rahim nih..
Shakir Ali
Safiq Rahim
Tandukan Shakir hasil hantaran dari Mat Yo:
Sepakan percuma dari Safiq Rahim:
Lawo beteh sepakan ni...
Terima kasih pada Ultras Malayaatas sokongan demeh dengan datang ke Stadium!!!!
T.Q... Terima Kasih!!!
Maskot bagi Sukan Malaysia 2012 adalah gajah (gajah sekeluarga). Terdapat 4 maskot untuk SUKMA ke-15. Molek amat la tu, sebok gajah pon amat sinonim dengan negeri kah ni :) .
TAHAN:
Nama Tahan melambangkan kemegahan dan kekuatan kepadaNegeri Pahangyang mana ia meupakan gunung yang tertinggi di Semenanjung Malaysia(dengan ketinggian 2187 meter) dan terletak di Negeri Pahang.
Gunung Tahan adalah Mahkota kepada Banjaran Titiwangsa iaitu banjaran terbesar di Semenanjung Malaysia yang juga merupakan tulang belakang bagi Semenanjung Malaysia.
PUTEH (ibu):
Nama Putehsesuai diberikan kepada nama ibu iaitu berada di ketinggian 112 meter daripada aras laut. Sumber air juga boleh didapati di kawasan ini.
RAJAH (anak lelaki):
Nama Rajah merujuk kepada gunung yang terletak di Taman Negara Pahangdalam jajaran Gunung Tahanyang mempunyai ketinggian 576 meter (1,890 kaki). Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan yang tinggi.
TEKU (anak perempuan):
Tekubersesuaian dengan nama anak perempuan dimana kawasan ini berada di ketinggian 158 meter daripada aras laut. Punca air juga boleh didapati dikawasan ini.