↓↓↓ MOH BERIKLAN DISINI ↓↓↓

Rabu, 13 Jun 2012

Malaysia 2 - Singapura 0

Malam tadi (12 Jun, 2012) Harimau Malaya berjaya menewaskan Singapura dalam perlawanan persahabatan antarabangsa. Kemenangan itu juga berjaya mencalarkan rekod tanpa kalah Singapura dengan Malaysia dalam 10 perlawanan terdahulu. Kali terakhir Malaysia menewaskan Singapura pada 2004. Pada perlawanan pertama sebelum ini kepusan 2-2 dicatatkan di Stadium Jalan Besar, Singapura 8 Jun lalu.

Moh kita nengok jaringan dari Shakir Ali dan Safiq Rahim nih..


shakir ali  -kahkabojer
Shakir Ali


safiq rahim _kahkabojer
Safiq Rahim


Tandukan Shakir hasil hantaran dari Mat Yo:
 

Sepakan percuma dari Safiq Rahim:
Lawo beteh sepakan ni...

Terima kasih pada Ultras Malaya atas sokongan demeh dengan datang ke Stadium!!!!
T.Q... Terima Kasih!!!

SUMBER VIDEO:
                     - EPLSoker


Khamis, 7 Jun 2012

Lagu Tema SUKMA ke-15 (Lirik)


MASKOT SUKMA XV, MASKOT SUKMA KE-15


Ini pula lagu tema SUKMA XV beserta dengan lirik. 




SATU TUJUAN

Apabila Obor Sedia Dinyalakan
Kejohanan Sukan Utama Bermula
Kini Pahang Tawar Gelanggang
Untuk Negeri Berkumpul Berjuang
Satu Tujuan Satu Haluan
Untuk Sukan Malaysia Ke 15

Sediakan Diri, Mulakan Langkah
Bersama Menanti Kejayaan
Demi Kemenangan Yang Akan Dicapai
Kejayaan Kita Untuk Semua
Sukan Malaysia Di Hati Sentiasa
Isikan Saat Kegemilangan Ini
Dengan Harmoni Bagai Satu Family
Terima Kasih Kepada Semua
Setia Berkumpul Di Sini
Wooo… Wooo…

Sediakan Diri, Mulakan Langkah
Bersama Menanti Kejayaan
Demi Kemenangan Yang Akan Dicapai
Kejayaan Kita Untuk Semua
Sukan Malaysia Di Hati Sentiasa
Isikan Saat Kegemilangan Ini
Dengan Harmoni Bagai Satu Family
Terima Kasih Kepada Semua
Moga Berjumpa Kembali...

Lagu/Lirik: YB. Dato' Mat Zara'ai Bin Alias

SUMBER:
SUKMA 15
Castello8teryboguard 

Rabu, 6 Jun 2012

Maksud Maskot SUKMA 15



Maskot bagi Sukan Malaysia 2012 adalah gajah (gajah sekeluarga). Terdapat 4 maskot untuk SUKMA ke-15. Molek amat la tu, sebok gajah pon amat sinonim dengan negeri kah ni :) .








TAHAN:
Nama Tahan melambangkan kemegahan dan kekuatan kepada Negeri Pahang yang mana ia meupakan gunung yang tertinggi di Semenanjung Malaysia (dengan ketinggian 2187 meter) dan terletak di Negeri Pahang.
Gunung Tahan adalah Mahkota kepada Banjaran Titiwangsa iaitu banjaran terbesar di Semenanjung Malaysia yang juga merupakan tulang belakang bagi Semenanjung Malaysia. 
PUTEH (ibu):
Nama Puteh sesuai diberikan kepada nama ibu iaitu berada di ketinggian 112 meter daripada aras laut. Sumber air juga boleh didapati di kawasan ini.
RAJAH (anak lelaki):
Nama Rajah merujuk kepada gunung yang terletak di Taman Negara Pahang dalam jajaran Gunung Tahan yang mempunyai ketinggian 576 meter (1,890 kaki). Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan yang tinggi.
 TEKU (anak perempuan):
Teku bersesuaian dengan nama anak perempuan dimana kawasan ini berada di ketinggian 158 meter daripada aras laut. Punca air juga boleh didapati dikawasan ini.

SUMBER :  Maskot Sukma 15

SUKAN MALAYSIA (SUKMA XV) ke-15



Dalam sibuk-sibuk ke EURO 2012, jangan la hokme lupa ke acara yang berlaku dalam negara pulok. Acara yang dimaksudkan adalah SUKMA ke-15.

Bermula  : 7 - 16 Julai, 2012 (10 hari je weh)

Acara      : 24 acara (377 emas, 377 perak, 453 gangsa)
                       -19 acara wajib (setiap pasukan)
                       - 5 acara pilihan (untuk tambahan pingat)

Pasukan   : 15 pasukan

Tempat    : Sekitar daerah Kuantan, Pekan dan Temerloh

Maskot   : Tahan, Puteh, Rajah dan Teku (gajah)



SELAMAT BERJAYA UNTUK SEMUA ATLET SUKMA






Khamis, 31 Mei 2012

Bilakah Tarikh Pilihan Raya Umum ke-13?


Ramai yang hok nanti-nantikan Perdana Menteri mengumumkan pembubaran Parlimen dan Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan PRU 13 diadakan.

Mengikut cakak-cakak orang sekeliling PRU 13 akan diadakan pada September, 2012. Yang tu hok dengor cakak-cakak orang. Yang hok betul dok tau la lgi yek. kita tunggu la.

Yang pasti jangan la lupa atau buat-buat lupa mengundi.






P/S: tak kira deme nyokong sape...apa yang penting kita rakyat Malaysia...!!!
        Jangan disebabkan politik, kita bergaduh sesama sendiri...




Sabtu, 26 Mei 2012

Nilai bidaan plat WWW 1 RM520k?

Nilai bidaan no pendaftaran WWW 1 merupakan yang termahal setakat ini mengatasi no pendaftaran MCA 1 yang bernilai RM300k. 


Menteri pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, nilai bidaan untuk nombor pendaftaran www telah mencapai sebanyak RM64,225,838.51. 


Menurut beliau, daripada jumlah itu, sebanyak RM11.3 juta berjaya dikutip iaitu 10 kali ganda daripada kutipan yang biasa dibuat untuk jualan nombor pendaftaran siri lain sebelum ini.
(dipetik dalam KOSMO)


Demeh bli plat untuk moto ni keh?