↓↓↓ MOH BERIKLAN DISINI ↓↓↓

Jumaat, 23 Ogos 2013

SIMBOL 4 JARI R4BIA


Sekarang ramai yang menggunakan 'Display Profile' (DP) 4 jari atau #R4BIA.
Apakah tujuan simbol 4 jari @ R4BIA dijadikan DP Twitter dan Facebook?

Simbol tersebut ada kaitan dengan apa yang terjadi dibumi Mesir sekarang ini.
Dan tujuan mereka yang menggunakan DP ini untuk menunjukkan keprihatinan mereka terhadap krisis yang berlaku di Mesir.
Selain itu akan mewujudkan kesedaran orang ramai supaya lebih peka terhadap isu dan pergolakkan yang berlaku di Mesir. (mereka saudara kita)


Maksud 4 Jari R4BIA:

  • Rabi'ah/Arba'ah bermaksud (empat) 4.
  • Simbol 4 jari sebagai simbolik untuk mengenang markas demonstrasi Pro-Mursi di Rabi'ah yang telah dihancurkan oleh tentera junta. Simbol 4 jari untuk menunjukkan ikon Rabi'ah.
  • Simbol 4 jari ini dilancarkan oleh Perdana menteri Turki, Recep Tayib Erdogan sejak 17 Ogos, 2013 setelah mengecam keras pembunuhan yang dilakukan oleh tentera Mesir yang terjadi pada hari Jumaat dan Sabtu di Ramses Square dan Masjid Fatih. Kawasan tersebut telah dikepung oleh tentera Mesir.

4 Jari #R4BIA

- Allah matlamat kami -
-Rasul ikutan kami -
- Al-Quran peganggan kami -
- Mati dijalan Allah cita-cita tertinggi kami!!! -


Antara Gambar Yang Boleh Dijadikan DP facebook dan twitter

R4BIAR4BIA

R4BIAR4BIA



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

deme jangan lupe bagi komen.

Komen yang anda berikan adalah dibawah tanggungjawab diri anda sendiri.
Pemilik blog tiada kena mengena dengan tingkah laku anda disini.