↓↓↓ MOH BERIKLAN DISINI ↓↓↓

Selasa, 14 Mei 2013

8 PERKARA TIDAK HARUS DILAKUKAN SELEPAS MAKAN



1. Jangan makan buah-buahan

Makan buah-buahan sejurus selepas mengambil makanan berat akan menyebabkan perut kembung. Untuk pemakanan yang lebih sihat, buah-buahan boleh diambil 1 hingga 2 jam selepas makan atau seeloknya 1 jam sebelum makan.

2. Jangan minum teh

Elakkan minum air teh khususnya teh ais  sejurus selepas makan. Daun teh mengandungi kandungan asid yang tinggi, ia akan menyebabkan kandungan protien dalam makanan yang dimakan sukar untuk dihadam.



3. Jangan minum ais

Minum air yang mengandungi ais sebelum, semasa dan selepas makan akan melambatkan proses pencernaan  perut kerana air sejuk akan membekukan makanan berminyak yang baru dimakan. Apabila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran sehingga menyebabkan lemak berkumpul dan mengundang pelbagai penyakit terutama kanser dan serangan jantung.


4. Jangan merokok

Kajian daripada pakar menunjukkan bahawa kesan menghisap sebatang rokok selepas makan sama kesannya dengan menghisap 10 batang rokok. Ia menyebabkan risiko untuk mendapat pelbagai penyakit lebih tinggi. Walaubagaimanapun, merokok tetap membahayakan kesihatan, berhenti merokok adalah lebih baik.


5. Jangan banyak berjalan

Hakikatnya berjalan kaki elok untuk kesihatan jantung, tetapi pada masa yang sama ia tidak elok untuk penghadaman makanan. Berjalan akan menyebabkan kesukaran bagi sistem penghadaman untuk menyerap nutrisi yang terkandung dalam makanan yang diambil. 


6. Jangan melonggarkan tali pinggang

Melonggarkan tali pinggang selepas makan  secara tiba-tiba boleh menyebabkan usus terbelit dan tersekat. Kes sebegini kerap dilakukan kerana berasa terlalu kenyang selepas makan. Jika ingin longgarkan tali pinggang, seeloknya lakukan sebelum makan.


7. Jangan mandi
Mandi selepas makan akan menyebabkan peningkatan aliran darah ke tangan dan menyebabkan jumlah darah sekitar perut akan berkurangan. Ia bukan sahaja akan melemahkan sistem pencernaan di dalam perut malah boleh membuat kita buncit.


8. Jangan terus tidur

Jangan terus tidur atau baring sebaik sahaja selepas makan. Selain akan menyebabkan kenaikan berat badan ia juga boleh mengundang gastrik di dalam usus kerana ketika tidur, penghadaman tidak dapat dilakukan dengan baik.


**SUMBER: Facebook

Amalkan sunnah Nabi lagi elok dan efisien... :)

1 ulasan:

  1. Tolong jangan percaya dengan isi kandungan blog www.omghebat.blogspot.com . Itu semua menghina islam . tq

    BalasPadam

deme jangan lupe bagi komen.

Komen yang anda berikan adalah dibawah tanggungjawab diri anda sendiri.
Pemilik blog tiada kena mengena dengan tingkah laku anda disini.