↓↓↓ MOH BERIKLAN DISINI ↓↓↓

Rabu, 29 Ogos 2012

BONUS UNTUK ANAK PENEROKA 2012

Dengor citernya anok² peneroka bakal menikmati bonus RM5000 pada bulan 10 nih (Oktober - tragedi Oktober)...
Benor ke, pedooh tu tak tahu la... Mende dengor dari mulut orang jugok. Bukan dari pihok pengurusan Felda.
Untung la anok² peneroka yek. Alhamdulillah..., Rezeki dari Allah s.w.t.


Isnin, 27 Ogos 2012

DEMAM GANGNAM STYLE TELAH MEREBAK KE MALAYSIA

Jika dulu kita dihiburkan dengan tarian dari kumpulan Wonder girls....
Kini seluruh pelusuk negara telah diserang oleh tarian dari PSY iaitu'Gangnam Style'...
Moh kita nengok cara tarian beliau yang bernama PSY  ni....


Antara hasil kreatif dari rakyat Malaysia:

Suasana Gangnam Raya...
Thumbs-up untuk family ni yang sporting :)

Video Penuh: MyCTVchannel






Rabu, 1 Ogos 2012

DUIT RAYA 2012 UNTUK PENEROKA FELDA

Satu lagi berita baik untuk semua warga peneroka Felda. Sempena Aidilfitri yang bakal tiba, PM telah mengumumkan pemberian duit raya pada tahun ini.


RM400 untuk Peneroka yang masih bersama FELDA.
RM200 bagi Peneroka yang tidak lagi bersama FELDA.


Pembayaran akan dibuat sebelum raya weh...


Jumaat, 27 Julai 2012

BONUS RAYA 2012


Hok ni la yang orang slalu nok dengor terh. BONUS!!!


PM dah umumkan bahawa kakitangan awam akan menerima bonus raya 1/2 bulan gaji dengan bayaran minima RM500. 


Manakala yang pesaranyer plok akan menrima RM500 sebagai persiapan menyambut hari raya tahun ni.


Bayaran akan dibuat pada 9 Ogos, 2012. Gaji plok pada 13 Ogos, 2012.


Banyok la duit kakitangan awam bulan depan yerk. Lepas la membli lembu sekor. Jangan plok bli mercun selori weh.

Isnin, 23 Julai 2012

KADAR ZAKAT FITRAH NEGERI PAHANG 1433H / 2012





Kadar zakat fitrah negeri Pahang pada tahun 2012 / 1433 Hijrah adalah RM7.00 sahaja.


Pembayaran boleh dibuat kepada amil-amil yang telah ditauliahkan oleh Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang.


Pembayaran juga boleh dibuat melalui sms bagi pengguna Celcom dan Maxis.



Jumaat, 20 Julai 2012

PANDUAN SOLAT SUNAT TARAWIH

Sempena kedatangan bulan yang mulia ni moh la kita belajor sikit tentang solat sunat tarawikh.


Hukum solat tarawikh adalah sunat Muakkad (yang sangat dituntut).

>>> KLIK DISINI <<<