↓↓↓ MOH BERIKLAN DISINI ↓↓↓

Rabu, 18 September 2013

KEPUTUSAN PERLAWANAN (5) : Kumpulan C Piala Malaysia 2013



Kumpulan C masih lagi mencari juara dan naib juara kumpulan bagi meneruskan aksi dalam pusingan kedua.
Pahang berjaya menewaskan Negeri Sembilan dengan jaringan 3 gol sekaligus menjadi pendahulu dalam liga.
Manakala Kelantan pula menang ditempat lawan dengan menyaksikan 3 gol berbalas 1 menewaskan terengganu.
Terengganu yang hanya mengumpul 4 mata tidak mampu untuk mengubah kedudukan mereka ditempat tercorot dalam kumpulan.

Selasa, 17 September 2013

KEPUTUSAN : Final Pestabola Merdeka 2013



Seperti yang dijangka, anak buah Ong Kim Swee berjaya membawa kemenangan kepada pasukan negara apabila menewaskan Myanmar 2-0.

Tahniah untuk skuad Harimau Muda!!!
Tahniah juga untuk penyokong Harimau Muda!!!

Khamis, 12 September 2013

PESTABOLA MERDEKA : Keputusan Malaysia Lawan Thailand



Harimau muda meneruskan aksi cemerlang apabila menghasilkan 3 gol pada malam tadi.
Harimau Muda menewaskan Thailand dengan jaringan 3-0.
Tahniah diucapkan kepada skuad muda Malaysia, tetapi harus diingat bahawa anda semua perlu memperbaiki mutu yang lebih baik lagi pada masa akan datang.
Tak sia-sia kami sebagai penyokong datang untuk menyaksikan perlawanan bola sepak dan bukan menonton bahan kajian (EKSPERIMEN).

Selasa, 10 September 2013

PESTABOLA MERDEKA : Keputusan Malaysia Lawan Myanmar



Nampaknya prestasi anak buah Ong kim swee semakin meningkat pada perlawanan kedua menentang Myamar pada malam tadi.
Mereka berjaya menewaskan pasukan Myanmar dengan kemenangan tipis 2 gol berbalas 1.
Jaringan gol Junior Edstal (ada orang kata Pemain Import) pada minit ke-24 dinafikan pengadil apabila tiada tiupan wisel semasa sepakan sudut oleh wan Zack Haikal.
Pada minit terakhir seorang pemain Myanmar dikenakan kad merah apabila mengasari Thamil Arasu.

Isnin, 9 September 2013

PESTABOLA MERDEKA : Keputusan Malaysia Lawan Singapura



Aksi pertama anak buah Ong Kim Swee boleh dibanggakan walaupun telah menang dengan jaringan 1 gol berbalas 0.
Kemenangan Harimau Muda telah meletakkan mereka di tempat teratas dalam kumpulan.
Harimau Muda mampu melangkah ke peringkat akhir jika menang dengan Myanmar pada perlawanan ke-2 (malam ini).

Selasa, 3 September 2013

KEPUTUSAN PERLAWANAN (4) : Kumpulan C Piala Malaysia 2013


Negeri Sembilan menjadi pencabar bagi semua skuad dalam kumpulan C apabila telah menang dalam 2 perlawanan.
Skuad Hobin Jang Hobin mengumpul 3 mata penuh ketika beraksi di Kelantan.
Manakala Pahang terpaksa akur menerima kekalahan apabila dikecewakan oleh Sang Penyu.

Masih Ada Baki 2 Perlawanan Lagi
Hogoh Tok Gajah Hogoh