Syarat Kelayakan
Keluarga (RM650)
- Pendapatan isi rumah kurang RM3,000 sebulan
- Rakyat Malaysia
Keluarga (RM450)
- pendapatan isi rumah di antara RM3,000 hingga RM4,000 sebulan
- Rakyat Malaysia
- Tambahan caruman i-BR1M bernilai RM50 yang menjadikan jumlah keseluruhan BR1M sebanyak RM500.
Individu (RM300)
- Pendapat sebulan RM2,000 kebawah.
- Rakyat Malaysia
- Berumur 21 tahun ke atas.
- Tidak termasuk pelajar yang menerima bantuan baucar buku 1Malaysia (BB1M)
Isi rumah yang layak memohon merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga. Ini merangkumi individu :
- Berkahwin termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa.
- Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun dan ke bawah.
- Individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun dan ke bawah (dalam rumah yang sama).
- Warga emas sebatang kara yang berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 1953 atau sebelumnya, dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3,000 dan ke bawah.
Bagi penerima BR1M sedia ada, mereka tidak lagi perlu mendaftar untuk kali kedua manakala pemohon baru boleh mendaftar secara atas talian atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M yang seterusnya.
Bagi penerima yang ingin mengemaskini data sedia ada seperti pertukaran alamat atau kematian ketua isi rumah perlu mendaftar semula.
- Download : Borang Permohonan BR1M 3.0
(Borang ni percuma je., deme jangan jual pulok. Fotostat la untuk kegunaan orang lain jugak)
- Online : Permohonan secara 'on-line BR1M 3.0
Info BR1M 3.0 2014 :
- Bermula (permohonan) 23 Disember, 2013.- Pembayaran akan dilakukan pada Februari, 2014.
- Sebarang pertanyaan : Talian Hotline BR1M 3.0 - 1-800-88-2716.
- Agensi yang terlibat : Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
** sedak la deme...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
deme jangan lupe bagi komen.
Komen yang anda berikan adalah dibawah tanggungjawab diri anda sendiri.
Pemilik blog tiada kena mengena dengan tingkah laku anda disini.