Pungkor/memungkor membawa pengertian berborak dengan menggunakan unsur penipuan dalam perbualan. Si pemungkor ini boleh lah diibaratkan seperti penglipur lara.
Si pemungkor akan mula menyelitkan beberapa fakta yang membuatkan orang disekelilingnya percaya akan cerita yang disampaikan. Setelah mendapati orang disekeliling mempercayai cerita yang disampaikannya. Maka Si Pemungkor akan teruskan dengan cerita pedoohnya. Tapi yang peliknya orang disekelilingnya masih percaya akan cerita tersebut dan terus mendengar dengan khusyuk. :)
*Pungkor: bohong, pedooh dan sewaktu dengannya.
*memungkor: aktiviti mempedooh orang disekelilingnya.
Si Pemungkor ini amat diperlukan untuk menghidupkan suasana yang kelam dan suram. Tamboh bestnya apabila mereka menggunakan loghat daerah dalam Pahang ni "Pure Pahang Language".
Si Pemungkor ini sentiasa ada cerita untuk diceritakan kepada orang disekelilingnya. Pendek kata tak jemu la orang mendengor cerita demeh ni.
negeri Pahang negeri yang kah cintai |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
deme jangan lupe bagi komen.
Komen yang anda berikan adalah dibawah tanggungjawab diri anda sendiri.
Pemilik blog tiada kena mengena dengan tingkah laku anda disini.