↓↓↓ MOH BERIKLAN DISINI ↓↓↓

Selasa, 29 Oktober 2013

PIALA MALAYSIA 2013 : Tiket Perlawanan Akhir ( 75,000 )



Dua pasukan dari Pantai Timur akan bertembung dalam perlawanan akhir Watson Piala Malaysia.
Kelantan dan Pahang negeri berjiran tetapi di gelanggang akan menjadi seteru selama 90 minit pada 3 November nanti.
Stadium Shah Alam akan menjadi saksi kejuaraan antara dua negeri terbabit.
75,000 keping tiket akan mula dijual bermula pada hari Rabu ini.

30,000 untuk penyokong Kelantan, 30,000 untuk penyokong Pahang (dijual di Stadium negeri masing-masing) manakala 15,000 keping tiket lagi akan di jual di Stadium Shah Alam pada pukul 9 pagi di kaunter A dan C.

Isnin, 28 Oktober 2013

PIALA MALAYSIA 2013: Kuasa Pantai Timur..!!!

Akhir Piala Malaysia 2013


Setelah berakhirnya perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia pada hari Jumaat dan Sabtu lalu, maka terjawablah siapa yang akan menjejakkan kaki ke pentas akhir pada hari Ahad ini.

Sabtu, 26 Oktober 2013

PIALA MALAYSIA 2013: Sarawak 1-1 Pahang



Pahang memasuki fasa akhir Piala Malaysia apabila seri dengan Sarawak (aggregate: 4-2).
Pahang akan bertemu Kelantan pada perlawanan akhir nanti.
Pertembungan Kuasa Pantai Timur!!!

Jumaat, 25 Oktober 2013

IKON PADA PANEL METER ANDA



Sempena cuti sekolah ni kas nok bagi information sikit pasal apa yang ada pada panel meter kereta demeh tu. (ada kene mengena ke?)
Kalau ada ikon pada panel meter demeh menyala tu, baik deme gi check.
Caranya, tengok la pada gambor dibawoh. hehe...



Rabu, 23 Oktober 2013

KELAYAKAN PIALA ASIA 2015 : Senarai Nama Pemain Yang Dipanggil


Piala Asia 2015

Datuk K. Rajagobal telah menyenaraikan 20 pemain untuk mengikuti latihan bagi menghadapi perlawanan kelayakan Piala Asia 2015 serta persahabatan.
Pemain skuad Rajagobal akan menentang Kuwait bagi aksi persahabatn bertaraf 'A' pada 8 November ini.

Selasa, 22 Oktober 2013

FRIENDLY MATCH : Veteran Pahang vs PDRM

misi 1992


Sabtu aritu kita dah nengok skuad terkini Pahang menentang Sarawak bagi perlawanan Piala Malaysia 2013.
Malam esoknyer plok Veteran Pahang akan menentang pasukan Polis Diraja Malaysia (pilihan).
Dah tu moh ler deme.

sape main?
Pahang (veteran) vs PDRM

bila?
23 Oktober, 2013

pukul bape weh?
8.30 malam

dimana?
Stadium Darul Makmur



masuk adalah percuma


RESPECT: Jalaluddin Jaafar Kapten Pahang

Jalaluddin Jaafar

Kapten Pahang yang otai...!!!

Ahad, 20 Oktober 2013

SEPARUH AKHIR 1 : Pahang lawan Sarawak


Tok Gajah berjaya menewaskan Bujang Senang dengan kelebihan 2 gol yang akan dibawa ke Kuching nanti.
Alex, Conti dan Gopi menunjukkan prestasi yang baik pada malam tadi.
Barisan pertahanan Tok Gajah juga perlu diberi pujian ekoran kejayaan membendung asakan skuad Sarawak.

PAHANG ( 3-1) Sarawak

Rabu, 16 Oktober 2013

KELAYAKAN PIALA ASIA 2015: Malaysia vs Bahrain



Malaysia berjaya mengikat Bahrain dengan jaringan 1-1.
Pada minit ke-45, Abdullah Salem Aman berjaya menembusi gawang Malaysia pada separuh masa pertama.
Mat Yo menyamakan kedudukan pada minit ke 70 hasil hantaran Safiq.

Isnin, 14 Oktober 2013

PIALA MALAYSIA 2013 : Jadual Separuh Akhir

Hogoh Pahang Hogoh!!!
Siapa Yang Layak Menjuarai Piala Malaysia 2013


Perjalanan Piala Malaysia 2013 kini memasuki fasa separuh akhir.
4 pasukan terkuat bagi menghadapi saingan separuh akhir telah dikenalpasti.
Pahang, Kelantan, Sarawak dan ATM bakal mempamerkan aksi menarik pada saingan separuh akhir ini untuk menempah tiket ke saingan akhir Piala Malaysia.

OPSFITNAH : Buletin.My Kena Hack

v for vendetta


Buletin.my telah di godam oleh Anonymous Malaysia.

Antara intipati teks mereka adalah:

Rabu, 9 Oktober 2013

MOH BELI TIKET : Pahang vs Sarawak

Hitam Putih Takkan Padam


Harga :

  • Terbuka: RM12.00
  • Grandstand: RM22.00

ISU BUNUH : Boy Nazrie Mohon Maaf

*keratan akhbar


Susulan satu kenyataan berkenaan ugutan bunuh terhadap Indra Putra dan ref bagi perlawanan Kelantan vs JD, pemilik akaun facebook yang bernama Boy Nazrie mohon maaf keranan keceluparannya meng'update' status facebook miliknya.

Selasa, 8 Oktober 2013

KELANTAN vs JDT : Video dan Gambar



Aksi Menarik Dari Pemain Kelantan.

Pengulas mengatakan aksi sedemikian adalah tidak profesional dan tidak wajar dilakukan.
Sebelum aksi ini dilakukan pemain-pemain JDT seperti sudah tidak bersemangat lagi untuk meneruskan permainan

UGUTAN BUNUH : Indra Putra dan Reff (3 gambar)



GEMPAR...!!! Indra Putra Mahayuddin dan pengadil bagi perlawanan Kelantan bertemu Johor Darul Takzim menerima ugutan bunuh melalui status seorang peminat fanatik kelab JDT.
Status tersebut mula tersebar setelah beberapa jam perlawanan suku akhir kedua diantara Kelantan dan JDT tamat.
Pemilik status tersebut dikatakan tidak berpuas hati apabila Indra Putra tidak sengaja menyiku Mat Yo sehingga menyebabkan pemain itu berdarah hidung.
Pengadil Perlawanan dikatakan terlibat sama dalam ugutan bunuh kerana hanya membiarkan sahaja Indra Putra melakukan perbuatan terbabit tanpa memberikan sebarang layangan kad.

Isnin, 7 Oktober 2013

PIALA MALAYSIA 2013 : Keputusan Suku Akhir 2



ATM, PAHANG, Kelantan dan Sarawak telah berjaya ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia 2013.

Jumaat, 4 Oktober 2013

PIALA MALAYSIA 2013 : Ayuh Pahang KU...!!! (video)



Wober betul deme weh...
Semangat sangat ni nok nengok bolor malam ni...!!!

Ayuh... Ayuh Tok Gajah ku....
Hari Ini Kita Mesti Menang...!!!

Sementara deme tengoh nok bersiop pegi SSA (gi mesjid dulu oii) moh nengok video yang mampu menaikkan lagi semangat deme untuk malam ni...

Rabu, 2 Oktober 2013

PIALA MALAYSIA 2013 : Konvoi Bersama Elephant Army!!!







Wahai rodong-rodong yang akan melalui Lebuhraya Pantai Timur untuk menyaksikan suku akhir ke-2 antara Pahang vs PKNS FC. Moh la kita berkonvoi sambil mengiborkan bendera Hitam Putih kita!!!.

Elephant Army teloh mengeluarkan cadangan untuk berkonvoi dan akan berhenti di checkpoint yang telah diputuskan.

USTAZ, MU TUNGGU AKU DATANG!



Filem terbitan Metrowealth Pictures Sdn. Bhd. (MIG) ini bakal menemui penonton pada 28 November, 2013.
Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang!, arahan  Pierre Andre ini mengisahkan 2 orang pemuda (Dadu dan Muiz) yang mahu kembali ke jalan yang benar setelah berjumpa sepupu Dadu, Hamzah.