↓↓↓ MOH BERIKLAN DISINI ↓↓↓

Jumaat, 27 Julai 2012

BONUS RAYA 2012


Hok ni la yang orang slalu nok dengor terh. BONUS!!!


PM dah umumkan bahawa kakitangan awam akan menerima bonus raya 1/2 bulan gaji dengan bayaran minima RM500. 


Manakala yang pesaranyer plok akan menrima RM500 sebagai persiapan menyambut hari raya tahun ni.


Bayaran akan dibuat pada 9 Ogos, 2012. Gaji plok pada 13 Ogos, 2012.


Banyok la duit kakitangan awam bulan depan yerk. Lepas la membli lembu sekor. Jangan plok bli mercun selori weh.

Isnin, 23 Julai 2012

KADAR ZAKAT FITRAH NEGERI PAHANG 1433H / 2012





Kadar zakat fitrah negeri Pahang pada tahun 2012 / 1433 Hijrah adalah RM7.00 sahaja.


Pembayaran boleh dibuat kepada amil-amil yang telah ditauliahkan oleh Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang.


Pembayaran juga boleh dibuat melalui sms bagi pengguna Celcom dan Maxis.



Jumaat, 20 Julai 2012

PANDUAN SOLAT SUNAT TARAWIH

Sempena kedatangan bulan yang mulia ni moh la kita belajor sikit tentang solat sunat tarawikh.


Hukum solat tarawikh adalah sunat Muakkad (yang sangat dituntut).

>>> KLIK DISINI <<<


Isnin, 16 Julai 2012

TARIKH MELIHAT ANAK BULAN RAMADHAN 1433 H / 2012





Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia telah menetapkan tarikh mencerap/melihat anak bulan Ramadhan bagi tahun 1433 Hijrah atau tahun 2012 Masihi adalah pada petang Khamis iaitu 19 Julai, 2012 bersamaan 29 Syaaban, 1433 H. 



Tarikh: 29 Syaaban, 1433H / 19 Julai, 2012
Hari: Khamis
Tempat Mencerap / Melihat Anak Bulan Ramadhan (Kaw. Pahang) :
1. Gunung Berinchang, Cameron Highland
2. Bukit Pelindung, Kuantan
3. Bukit Tanjung Batu, Nenasi, Pekan


Jumaat, 13 Julai 2012

CERAMAH AGAMA BULANAN: USTAZ MAHMUD MAT

Moh beramai kita nengok ceramah agama yang akan diadakan Dewan Majlis Daerah Jerantut yang dianjurkan oleh Majlis Daerah Jerantut dengan kerjasama Pejabat Agama Islam daerah Jerantut.


Tajuk:   Ramadan Al-Mubarak
Tarikh:   13 Julai, 2012
Masa:   9.00 malam
Penceramah:   Ustaz Mahmud Bin Mat



Sumber: Majlis Daerah Jerantut / fb

Rabu, 4 Julai 2012

AFC Cup (Q): MYANMAR u22 | 2-1 | MALAYSIA u22

harimau malaya


Keputusan kelayakan Piala AFC B22

Myanmar  | 2 - 1 |  Malaysia


Malaysia gagal layak secara automatik ke Piala AFC B22 tahun. 

Selasa, 3 Julai 2012

AFC CUP (Q) 2012: MYANMAR B22 vs MALAYSIA B22

harimau malaya


Pada 7:30 malam ini Malaysia akan menentang Myanmar dalam perlawanan kelayakan Piala AFC bawah 22 tahun.

Malaysia perlu menang malam ini untuk melayakkan skuad Harimau Malaya beraksi di pentas akhir AFC Cup.

Malaysia tempat ke-3 dalam kumpulan G dengan jumlah mata 9. Manakal Korea (10 mata) dan Myanmar (10 mata) masing-masing ditempat pertama dan ke-2.

Isnin, 2 Julai 2012

AFC CUP (Q): VIETNAM B22 | 0-3 | MALAYSIA B22



Berikut adalah keputusan perlawanan kelayakan Piala AFC B22 pada 30 Jun, 2012 yang membabitkan pasukan negara menentang Vietnam...



p/s: Spain menang 4-0 lawan Itali fINAL EURO 2012.

SUMBER: futbol24.com